Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Tuan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.
2.
Sepertimana yang Tuan sediamaklum, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah di beri tanggungjawab
untuk menyelia dan membangunkan hal ehwal penjaja dan peniaga kecil
seluruh negara. Tanggungjawab ini meliputi aspek berkaitan kebajikan
golongan penjaja dan peniaga kecil termasuk Pelaksanaan Skim Perlindungan Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MPIN).
3. Untuk makluman, skim ini turut memberi
perlindungan sekiranya berlaku kematian kepada ahli persatuan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian ini memohon kerjasama pihak persatuan
untuk mengemukakan senarai nama ahli dan pewaris atau penama penjaja dan peniaga kecil di bawah penyeliaan pihak persatuan bagi tujuan pendaftaran dan tuntutan skim insurans. Maklumat ini perlu dibekalkan dalam bentuk soft copy untuk memudahkan proses kemasukan data.
Kerjasama dan perhatian yang diberikan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
"Saya Yang Menurut Perintah"
HAZLINA BINTI MAT DESA
Bahagian Pembangunan Peniagaan (BPP),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 PUTRAJAYA
Tel : 603-8882 5988
Fax : 603-8882 5826
Tiada ulasan:
Catat Ulasan