Khamis, 10 Oktober 2013

Email dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, kepada Persatuan

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Tuan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

2. Sepertimana yang Tuan sediamaklum, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah di beri tanggungjawab untuk menyelia dan membangunkan hal ehwal penjaja dan peniaga kecil seluruh negara. Tanggungjawab ini meliputi aspek berkaitan kebajikan golongan penjaja dan peniaga kecil termasuk Pelaksanaan Skim Perlindungan Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MPIN).

3. Untuk makluman, skim ini turut memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian kepada ahli persatuan. Sehubungan dengan itu, Kementerian ini memohon kerjasama pihak persatuan untuk mengemukakan senarai nama ahli dan pewaris atau penama penjaja dan peniaga kecil di bawah penyeliaan pihak persatuan bagi tujuan pendaftaran dan tuntutan skim insurans. Maklumat ini perlu dibekalkan dalam bentuk soft copy untuk memudahkan proses kemasukan data.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

"Saya Yang Menurut Perintah"


HAZLINA BINTI MAT DESA
Bahagian Pembangunan Peniagaan (BPP),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 PUTRAJAYA
Tel : 603-8882 5988
Fax : 603-8882 5826

Rabu, 9 Oktober 2013


CADANGAN LOGO PERSATUAN INI OLEH BENDAHARI
SIJIL PENDAFTARAN PERSATUAN
PERBINCANGAN AHLI-AHLI PERSATUAN BERSAMA AHLI MAJLIS MBSA TENTANG ISU ZON BERSIH DAN AKTIVITI BULAN OKTOBER SETERUSNYA

GOTONG ROYONG BULAN SEPTEMBER BERSAMA-SAMA AHLI PERSATUAN
PERALATAN GOTONG ROYONG DIPINJAMKAN OLEH MBSA DAN SUMBANGAN CAT OLEH AHLI MAJLIS MBSA
GOTONG ROYONG PERSATUAN